TIADA YANG MAHA BERKUASA MELAINKAN ALLAH

JADILAH MANUSIA YANG SELALU MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA MANUSIA DAN INSAN LAIN DIDUNIA INI

Sunday, May 10, 2015

SURAT TERBUKA HUSAM MUSA KEPADA JAMIL KHIR

Saya pasti YB mengikuti sepenuhnya isu pembelian sebidang tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB oleh Tabung Haji yang menjadi viral sekarang termasuk penjelasan terbaru YB Datuk Pengerusi Tabung Haji pada pagi ini (semalam).

Tabung Haji, mengikut Akta Tabung Haji 1995, adalah terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa YB, baik untuk meluluskan cadangan pelaburan Seksyen 4(3) dan 20(2), perlantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah  Seksyen 6(1)(d) bahkan untuk memecat Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Seksyen 6(5) serta mempastikan tidak wujudnya percanggahan kepentingan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji sepertimana peruntukan Seksyen 9.

Malangnya, di tengah keributan yang meresahkan para pencarum dan gegaran yang boleh meruntuhkan integeriti dan kredibiliti Tabung Haji, YB sehingga hari ini masih berdiam diri.

Menerusi surat ini, saya tidak ingin menyenaraikan semula isu-isu yang melingkari transaksi Tabung Haji - 1MDB.

Cukuplah YB menelitinya menerusi laporan media.

Saya menyeru YB perkara-perkara berikut;

1) Membatalkan transaksi tersebut. Jika tidak, YB adalah orang yang akan dianggap dari segi undang-undang paling bertanggung jawab ke atas transaksi itu kerana kelulusan terakhir mengikut Akta TH adalah terletak di tangan menteri mengikut Seksyen  4(3), 20(2) dan 10 Akta Tabung Haji 1995.

Saya yakin, transaksi penuh belum lagi dimuktamadkan dan ruang pembatalan masih lagi wujud berasaskan maklumat dalam dokumen yang dibocorkan.

2) Menamatkan perkhidmatan Datuk Pengerusi Tabung Haji yang ada sekarang kerana beliau telah cuba memberikan gambaran yang tidak benar terhadap transaksi TH-1MDB.

Pada mulanya beliau menafikan wujud transaksi itu dan kemudiannya kenyataan beliau didapati tidak benar bila Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah membuat kenyataan akhbar sebaliknya.

Ini demi menjaga kepercayaan para pencarum.

YB mempunyai kuasa di bawah Akta Tabung Haji, sepertimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 6(5) Akta Tabung Haji 1995 yang berbunyi: "Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan perlantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab baginya"

3) Merombak semula seluruh Ahli Lembaga dan pengurusan kanan yang terlibat dengan transaksi ini bagi mempastikan tidak wujudnya percanggahan kepentingan.

YB dipertanggungjawabkan di bawah Akta Tabung Haji bagi menguruskan dana dan wang simpanan pendeposit-pendeposit bagi tujuan ibadat haji yang merupakan Rukun Islam Kelima.

Sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, YB mesti menunjukkan ketinggian Islam dalam menjaga amanah orang ramai, berani menyatakan kebenaran dan bertindak untuk kepentingan rakyat.

Saya memanjangkan cadangan ini untuk tindakan YB. Sekian, terima kasih.
HUSAM MUSA naib presiden PAS. Artikel ini surat terbuka beliau kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang diedarkan semalam.

Thursday, January 08, 2015

Dah lupa can ner nak berblog...

Tuesday, January 25, 2011

Assalammualaikum Tuan. Di Malaysia ianya boleh berlaku bukan sahaja di kalangan orang politik, di jabatan dan syarikat awam lainnya pun serupa, mungkin dididik oleh para motivasi yang sama. Pegawai bank, pejabat tanah, majlis tempatan, balai polis, pentadbir universiti, klinik kerajaan (kecuali klinik Kerajaan di Kelana Jaya, penjawatnya memang sentiasa ceria), malah di pejabat agama namakan saja. Di sebuah balai Polis saya terpaksa menunggu lebih empat jam hanya untuk menunggu seorang sarjan membuat siasatan lapuran kemalangan kecil saya. Dikatakan sarjan sibuk kerja di luar, rupa-rupanya sarjan tua yang perlu saya jumpa dok lama berbual dengan taukey woksop. Yang terjadi ialah, Selamba saja datin koperal mengambilnya, kami yang duduk menunggu hanya tersenyum sahaja. Di satu pejabat majlis tempatan seorang peon keluar masuk lebih tiga kali meinterview saya dikaunter nak jumpa siapa, dari mana, urusan apa, macam cerita dato’ penghulu nak jumpa Pak Belalang. Saya bukan penghulu boleh terus menerjah masuk. Hajat saya akhirnya tidak kesampaian dikatakan bos ada meeting. Banyak lagi kalau nak sambung ?. Nak dapatkan tandatangan pengesahan guru besar sekolah pun azab macam masuk interview kerja. Cerewetnya macam nak dapatkan borang biasiswa. pejabat tanah jangan cakaplah. Itu pun saya orang yang boleh dikatakan terpelajar jugak, kalau petani kampung entah macam mana pula?. Semuanya kerana kita bukan kroni seperti yang tuan sebutkan. Mereka menganggap setiap orang yang menemuinya akan menambahkan lagi bebanan kerja. Syukurlah tuan telah sedar dan mahu menyedarkan orang lain. Kalau orang politik semuanya teruk belaka, itulah negara kita. Anehnya mereka terdiri dari penjawat melayu islam. Mungkin orang kita anutan agamanya hanya celup-celup belaka. Jauh bezanya dengan cara kerja penganut agama lain yang dikatakan kafir. Mungkin sekarang ini kita dah tua yang sepatutnya sudah bersara. Wassalam

Monday, January 24, 2011

Kadang kadang kita tunggu masa aje "silap cakap kawan tunggu TEMBAK aje"itukah atika berkawan -Aku keliru dengan ANDA semua...WASPADA hari ini aku lain hari kau lah pulak???

Friday, July 24, 2009

24 Julai 2009 berkampung di USM kelantan,

Bersolat jumaat dimasjid pak simpul ( masjid tok iman Kalid ) Tajuk kutbah jumaat israk & mikraj banyak ilmu yang dapat dikutip dari kutbah berkenaan - rasanya tak sama kutbah yang biase didengar di bangi.

merupakan tak iman lama (orang lama) mengunakan tamsilan israk & mikraj sebagai nasihat dan terguran kepada sidang jumaat semua.

Apa yang aku dapat kutip sidang jumaat tersebut,

1) Perjalan nabi bersama malaikat Jibril As - di pertengahan jalan di sepa oleh seorang wanita tua melambai lambai kepada banginda nabi saw.Jibril menasihat nabi jangan dilayan wanita berkenaan
sambil meneruskan perjalanan nabi bertanya perihal wanita berkenaan jawab jibril itulah dunia yang manusia sanggup buat apa saja untuk mengejarnya namundunia itu sebenarnya sudah terlalu tua sesungguhnya dia akan binasa suatu hari nanti.

24 Julai 2009 berkampung di USM kelantan,

Bersolat jumaat dimasjid pak simpul ( masjid tok iman Kalid ) Tajuk kutbah jumaat israk & mikraj banyak ilmu yang dapat dikutip dari kutbah berkenaan - rasanya tak sama kutbah yang biase didengar di bangi.

merupakan tak iman lama (orang lama) mengunakan tamsilan israk & mikraj sebagai nasihat dan terguran kepada sidang jumaat semua.

Apa yang aku dapat kutip sidang jumaat tersebut,

1) Perjalan nabi bersama malaikat Jibril As - di pertengahan jalan di sepa oleh seorang wanita tua melambai lambai kepada banginda nabi saw

Sunday, July 05, 2009

MENGENALI SIFAT SIFAT MANUSIA DI BUMI ALLAH SWT.

1) Sifat Manusia yang pertama,

ADA KOTEL DAN ADA JUGA KEMALUAN,

Jenis manusia ini kiranya yang terbaiklah juga...Jenis ni peragai dia,akhlak dia dan semua sifat yang baik baik ada pada dia,kalau dia jadi pemimpin kira boleh ikut dan buat contahlah juga,kira kira jenis amanahlah juga,tidak kianat dan kalau nak kata bahasa mudah "Dia ni jenis orang ada perinsiplah susah nak dengar cakap2 orang dan susah nak dipengaruhi begitulah.

2) ADA KOTEL TAPI TAK ADA KEMALUAN,

Ini jenis manusia yang banyak didunia ni...perangai dia ni teruk,akhlak jangan cerita tak macan orang,kalau nak pilih jadikan pemimpin baik fikir banyak kali,silap haribulan habis jahanan-manusia jenis ni dia serba serbi pandai,pandai berlakun,hipokerit,sombang dan macan2 sifat yang tak baik tu bagi kad dia ni,kalau suruh dia pegang amanah habis semua dia sapu,manusia macan ni akan buat apa saja janji maksud dia tercapai dan berjaya...

3) ADA KEMALUAN TAPI TAK ADA KOTEL,

Ini satu lagi manusia pun banyak didunia ni..manusia jenis ni kalau kita tengok muka dia amboi baik sungguh...akhlak dia nampak ok,selalu pergi surau,kadang kadang tu buat perkara2 kebaikan.Tapi yang tak bagusnya ada juga..dia ni kadang kadang tak ada perinsip langsung kalau dia jadi orang bawahan dia taat membabi buta konon nak ampu bos biar pun dalam hati rasa tak puas hati - dalam meting dialah orang yang anguk saja kalau perlu ketaatan tu bisa menggegarkan kebenaran biar pun dia tahu benda tu tak betul..kalau jadi pemimpin selalu kena main kat orang bawahan...adeh hempes punye manusia

4) TAK ADA KOTEL DAN TAK ADA KEMALUAN,

Aku rasa manusia jenis ni tak ada didunia Allah ni lagi bagus,semua 1 samapi 3 tak ada pada manusia jenis ni .....aku sendiri pun nak taip apa pun aku tak tahu kau orang fikir sendirilah..

KAU ORANG CEK LAH DIRI KAU ORANG AGAK AGAK NAMBER BERAPA NO KAU ORANG...

Tuesday, April 21, 2009

Subject: Re: RE: maksud pesanan

Salam,Saudaraku seIslam, memang ada hadis dari nabi saw riwayat bukari yang mana nabi dan para sahabat selalu berziarah ( bahasa dlm jemaah disebut Gash )dari pintu ke pintu untuk berpesan pesan tentang kebesaran Allah kepada umat manusia .Secara peribadi saya telah bertanya kepada Dr. Ismadi perihal hadis berkenaan dan beliau mengesahkan sahid hadis berkenaan dari sanad bukari.
Untuk pengentahuan semua Dr.Ismadi ialah salah seorang ahli Jawatan kuasa seluruh malaysia penilaian hadis2 sahid dibawah JAKIM dan pernah bermuzakarah secara peribadi dengan Dr.Asri bekas mufti perlis yang lantang memperkatakan hadis2 sahid didalam tulisan beliu.Tak perlulah saya uluskan disini perbincangan mereka cukuplah sekadar memberitahu bahawa banyak ulamak2 kita bahkan mufti sendiri pun tidak pakar dlm menilai sesuatu hadis dan bila mana JAKIM memanggil untuk dibincangkan cuma dua tiga orang ajelah mufti yang datang itu pun terpaksa.
Saya tak layak untuk membicarakan topik ini kerana saya bukannya pakar hadis tapi bagi saya yang baru nak belajar ini rasanya tak salah kita baca hadis2 nabi yang pernah kita buat disurau kita pada setiap pagi tu.
Saya juga mendengar satu cerita tahun 1983 (cerita lama ) ada seorang tua sebatang kara tinggal disuatu daerah nun dikedah sana tiada sesiapa pun yang mempedulikannya.Dengan izin Allah swt orang tua ini telah dengan rela hati mengikuti jemaah untuk ke masjid yang tidak jauh dari tempat tinggalnya tapi yang sedihnya selepas solat insak orang tua ini menangis dengan sebegitu kuat sehingga semua orang terkejut dan apabila di tanya kenapa dia menangis dia jawab umur 80 tahun baru inilah pertama kali dia solat.Selepas itu dia nekad untuk mengikuti jemaah keluar dari kampungnya tapi tak sempat dia diserang strok dan dengan segera dihantar ke hospital alor star.Sampai saje dihospital wad kecemasan tiba2 orang tua ni bagun dari wil chir berdiri dan dengan suara yang amat kuat menjerit menyebut kalimah lahilahillah muhamadurululah dengan kuat sekali sampai Dr, misi dan petugas dlm wad terkejut dan selepas itu orang tua itu jatuh dan terus meninggal dunia,Dr serta petugas dlm wad kecemasan itu datang kerumun orang tua itu dan pertama kali dlm hidupnya mendengar orang yang mati menyebut kalimah dengan begitu kuat,ini bukan cerita p ramli ali baba bujang lapak.(aku mati dalam iman.....)
Keiklasan dan berkat ziarah yang dilakukan telah Allah zahirkan didepan mata.Walaupun dah umur 80 tahun tak pernah solat tapi kerana keiklasan mahu berubah dengan bersungguh2 maka Allah telah muliakan.Kita tanyalah diri kita bolehkah aku seperti orang tua itu diakir hayatku...

Salam sahabat2ku semua.

wasalam.

KERJA NABI KERJA SEMUA MANUSIA
FARDU AIN PADA SEMUA INSAN ISLAM
SIFAT TAAT SEMPURNA IMAN
SYAITAN BENCI PADA INSAN YANG SELALU BERPESANG