TIADA YANG MAHA BERKUASA MELAINKAN ALLAH

JADILAH MANUSIA YANG SELALU MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA MANUSIA DAN INSAN LAIN DIDUNIA INI

Tuesday, April 21, 2009

Subject: Re: RE: maksud pesanan

Salam,Saudaraku seIslam, memang ada hadis dari nabi saw riwayat bukari yang mana nabi dan para sahabat selalu berziarah ( bahasa dlm jemaah disebut Gash )dari pintu ke pintu untuk berpesan pesan tentang kebesaran Allah kepada umat manusia .Secara peribadi saya telah bertanya kepada Dr. Ismadi perihal hadis berkenaan dan beliau mengesahkan sahid hadis berkenaan dari sanad bukari.
Untuk pengentahuan semua Dr.Ismadi ialah salah seorang ahli Jawatan kuasa seluruh malaysia penilaian hadis2 sahid dibawah JAKIM dan pernah bermuzakarah secara peribadi dengan Dr.Asri bekas mufti perlis yang lantang memperkatakan hadis2 sahid didalam tulisan beliu.Tak perlulah saya uluskan disini perbincangan mereka cukuplah sekadar memberitahu bahawa banyak ulamak2 kita bahkan mufti sendiri pun tidak pakar dlm menilai sesuatu hadis dan bila mana JAKIM memanggil untuk dibincangkan cuma dua tiga orang ajelah mufti yang datang itu pun terpaksa.
Saya tak layak untuk membicarakan topik ini kerana saya bukannya pakar hadis tapi bagi saya yang baru nak belajar ini rasanya tak salah kita baca hadis2 nabi yang pernah kita buat disurau kita pada setiap pagi tu.
Saya juga mendengar satu cerita tahun 1983 (cerita lama ) ada seorang tua sebatang kara tinggal disuatu daerah nun dikedah sana tiada sesiapa pun yang mempedulikannya.Dengan izin Allah swt orang tua ini telah dengan rela hati mengikuti jemaah untuk ke masjid yang tidak jauh dari tempat tinggalnya tapi yang sedihnya selepas solat insak orang tua ini menangis dengan sebegitu kuat sehingga semua orang terkejut dan apabila di tanya kenapa dia menangis dia jawab umur 80 tahun baru inilah pertama kali dia solat.Selepas itu dia nekad untuk mengikuti jemaah keluar dari kampungnya tapi tak sempat dia diserang strok dan dengan segera dihantar ke hospital alor star.Sampai saje dihospital wad kecemasan tiba2 orang tua ni bagun dari wil chir berdiri dan dengan suara yang amat kuat menjerit menyebut kalimah lahilahillah muhamadurululah dengan kuat sekali sampai Dr, misi dan petugas dlm wad terkejut dan selepas itu orang tua itu jatuh dan terus meninggal dunia,Dr serta petugas dlm wad kecemasan itu datang kerumun orang tua itu dan pertama kali dlm hidupnya mendengar orang yang mati menyebut kalimah dengan begitu kuat,ini bukan cerita p ramli ali baba bujang lapak.(aku mati dalam iman.....)
Keiklasan dan berkat ziarah yang dilakukan telah Allah zahirkan didepan mata.Walaupun dah umur 80 tahun tak pernah solat tapi kerana keiklasan mahu berubah dengan bersungguh2 maka Allah telah muliakan.Kita tanyalah diri kita bolehkah aku seperti orang tua itu diakir hayatku...

Salam sahabat2ku semua.

wasalam.

KERJA NABI KERJA SEMUA MANUSIA
FARDU AIN PADA SEMUA INSAN ISLAM
SIFAT TAAT SEMPURNA IMAN
SYAITAN BENCI PADA INSAN YANG SELALU BERPESANG