TIADA YANG MAHA BERKUASA MELAINKAN ALLAH

JADILAH MANUSIA YANG SELALU MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA MANUSIA DAN INSAN LAIN DIDUNIA INI

Tuesday, January 25, 2011

Assalammualaikum Tuan. Di Malaysia ianya boleh berlaku bukan sahaja di kalangan orang politik, di jabatan dan syarikat awam lainnya pun serupa, mungkin dididik oleh para motivasi yang sama. Pegawai bank, pejabat tanah, majlis tempatan, balai polis, pentadbir universiti, klinik kerajaan (kecuali klinik Kerajaan di Kelana Jaya, penjawatnya memang sentiasa ceria), malah di pejabat agama namakan saja. Di sebuah balai Polis saya terpaksa menunggu lebih empat jam hanya untuk menunggu seorang sarjan membuat siasatan lapuran kemalangan kecil saya. Dikatakan sarjan sibuk kerja di luar, rupa-rupanya sarjan tua yang perlu saya jumpa dok lama berbual dengan taukey woksop. Yang terjadi ialah, Selamba saja datin koperal mengambilnya, kami yang duduk menunggu hanya tersenyum sahaja. Di satu pejabat majlis tempatan seorang peon keluar masuk lebih tiga kali meinterview saya dikaunter nak jumpa siapa, dari mana, urusan apa, macam cerita dato’ penghulu nak jumpa Pak Belalang. Saya bukan penghulu boleh terus menerjah masuk. Hajat saya akhirnya tidak kesampaian dikatakan bos ada meeting. Banyak lagi kalau nak sambung ?. Nak dapatkan tandatangan pengesahan guru besar sekolah pun azab macam masuk interview kerja. Cerewetnya macam nak dapatkan borang biasiswa. pejabat tanah jangan cakaplah. Itu pun saya orang yang boleh dikatakan terpelajar jugak, kalau petani kampung entah macam mana pula?. Semuanya kerana kita bukan kroni seperti yang tuan sebutkan. Mereka menganggap setiap orang yang menemuinya akan menambahkan lagi bebanan kerja. Syukurlah tuan telah sedar dan mahu menyedarkan orang lain. Kalau orang politik semuanya teruk belaka, itulah negara kita. Anehnya mereka terdiri dari penjawat melayu islam. Mungkin orang kita anutan agamanya hanya celup-celup belaka. Jauh bezanya dengan cara kerja penganut agama lain yang dikatakan kafir. Mungkin sekarang ini kita dah tua yang sepatutnya sudah bersara. Wassalam

1 Comments:

At 4:43 PM, Blogger Roshidan said...

Ustaz, Lama tak update blog? Tulislah pasai Quran Digital tu... Nanti ramai yg dapat manafaatnya, insyaAllah. Cuba ustaz update blog ustaz ni sekurang-kurangnya sebulan sekali, barulah cepat popular. Cuba tengok blog ana. My Cyber Station

 

Post a Comment

<< Home