Oleh sebab minyak naik semua barang keperluan naik mendadak,kalau dulu aku cuma belanja untuk keluarga sebulan cuma RM 700.00 untuk barang basah/kering tapi sekarang aku kena belanja RM 1,400.00 untuk sebulan.Bagi aku yang kurang arif pasal ekonomi ni cuma dapat merasa keperitan ini apabila aku buat perbandaingan dirumahku sahaja.Jika setiap bulan aku beri isteriku belanja pasar/dapur untuk diuruskanya tanpa apa apa masalah yang timbul,tetapi kemudian aku potong/ambil balik duit dapur tersebut atas alasan perbelanjaan lain tidak mencukupi-maka isteri ku mengeloh dan merungut kerana bajet untuk diut dapurnya tidak mencukupi,dan adakah aku marah jika masakan yang selama ini sedap kumudian tak sedap oleh sebab kekurang wang untuk membeli keperluan/rempah lain.
Bagi aku dengan kenaikan minyak ini menyebabkan lain lain kerperluan telah tergaggu kita sebagai rakyat merana kerana nya.Bilakah keadaan ini akan berakir Allah saja yang tahu.
Cakap banyak pun tak guna...naik tetap naik,,,,naik teksi aje selalu terun.adeh


0 Comments:
Post a Comment
<< Home